Monday, 21 January 2013

Isnin,21 Jan 13

APA Yang Telah Berlaku

Selepas sekolah tadi, saya ada 'CCA' pada pukul 3.15 petang. Masa 'CCA' , kita diperkenalkan murid menengah satu yang memasuki bola lantai. Mereka semua berasa takut kerana itu pertama kali mereka berlatih bersama kami, menengah dua. Mereka semua tidak tahu bermain bola lantai. Cikgu Chua , menyuruh kami mengajar mereka untuk bermain cara yang tepat. 

Saya mengajar adik Adi cara-cara bermain bola lantai dengan betul. Dia mendengar kata-kata saya dan dia sekarang tahu apa yang harus dia lakukan.

Selepas itu,kami semua harus pergi ke padang sekolah untuk lari 2.4km sekurang-kurangnya dalam 15 minit kerana mereka baru masuk 'CCA' ini. Kalau sudah beberapa bulan kami semua akan mendapat lagi teruk daripada sekarang.

Pada malamnya pula, abang,adik dan saya pula harus mengambil adik perempuan yang bongsu di rumah kawan mak saya kira-kira 8 lebih malam. Selepas mengambil adik saya, kita harus menjaga dia pula dari situ. Adik saya baru berumur 2 tahun. Dia kadang-kala ragam sebelum tidur. Dia selalu tidur lewat dalam 11 hingga 12 setengah malam. Kadang-kala, saya tidak menyelesaikan tugasan sekolah kerana ini. Kita harus menjaga adik yang bongsu setiap hari.

3 comments:

  1. Saya pun ada seorang anak lelaki yang baru berusia 14 bulan. Memang sangat aktif! Boleh pengsan saya menjaganya. Ternyata awak seorang abang yang bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
  2. Saya Tak Payah ajar Adik Saya Kerana saya malas

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan Syafiee

    ReplyDelete