Saya sudah lama tidak menulis blog di sini.Semakin hari, saya semakin malas ingin membuat blog.Saya tidak ada banyak masa membuat blog lagi.
Saya akan cuba membuat blog kalau saya ada masa yang lapang.Tetapi saya rasa, saya tidak dapat menulis blog yang panjang-panjang.
Monday, 25 February 2013
Friday, 1 February 2013
Jumaat,1 Feb
Pada hari ini , saya dapat melakukan 'ollie' mungunakkan skooter saya. Akhirnya, saya dapat melakukan dengan sempurna. Saya bermain skooter di dalam rumah dahulu kerana saya belum lagi bagus untuk bermain di luar untuk menunjuk orang di publik. Saya berasa bangga dapat membuat 'ollie' untuk pertama kali saya. Selepas saya tahu membuat 'ollie' , saya akan mencuba membuat 'tricks' yang sukar.
Monday, 21 January 2013
Isnin,21 Jan 13
APA Yang Telah Berlaku
Selepas sekolah tadi, saya ada 'CCA' pada pukul 3.15 petang. Masa 'CCA' , kita diperkenalkan murid menengah satu yang memasuki bola lantai. Mereka semua berasa takut kerana itu pertama kali mereka berlatih bersama kami, menengah dua. Mereka semua tidak tahu bermain bola lantai. Cikgu Chua , menyuruh kami mengajar mereka untuk bermain cara yang tepat.
Saya mengajar adik Adi cara-cara bermain bola lantai dengan betul. Dia mendengar kata-kata saya dan dia sekarang tahu apa yang harus dia lakukan.
Selepas itu,kami semua harus pergi ke padang sekolah untuk lari 2.4km sekurang-kurangnya dalam 15 minit kerana mereka baru masuk 'CCA' ini. Kalau sudah beberapa bulan kami semua akan mendapat lagi teruk daripada sekarang.
Pada malamnya pula, abang,adik dan saya pula harus mengambil adik perempuan yang bongsu di rumah kawan mak saya kira-kira 8 lebih malam. Selepas mengambil adik saya, kita harus menjaga dia pula dari situ. Adik saya baru berumur 2 tahun. Dia kadang-kala ragam sebelum tidur. Dia selalu tidur lewat dalam 11 hingga 12 setengah malam. Kadang-kala, saya tidak menyelesaikan tugasan sekolah kerana ini. Kita harus menjaga adik yang bongsu setiap hari.
Blog Saya
Nama Saya Azizzul Bin Azman. Saya ada keluarga yang besar. Saya sedang belajar di Sekolah Menengah Northbrooks. Saya sekarang berada di kelas 2T. 'CCA' saya ialah Bola Lantai. Saya gemar Bola Lantai sejak saya berada di sekolah rendah. Saya gemar berbasikal dan bermain skooter.
Skooter
Saya suka bermain dengan skooter sejak minggu lalu. Saya masih baru dalam bidang permainan skooter. Saya belum lagi tahu untuk membuat semua skooter helah yang senang. Saya masih mempelajari untuk membuat helah yang senang dahulu. Saya amat minat dalam bidang skooter.
Basikal
Saya suka berbasikal sejak tahun lepas. Saya belajar berbasikal tahun lepas. Bapa dan adik saya yang mengajar saya untuk berbasikal. Pertama kali saya mencuba menaiki basikal,saya berasa takut kerana ia adalahpertama kali saya menaik basikal. Insyallah, saya akan mendapat 'fixie' pada akhir bulan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)